Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’

Perdana menteri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melantik sesiapa sahaja dalam Majlis Kewangan Negara selain daripada yang dicadangkan oleh sultan sesebuah negeri itu, kata Naib Pengerusi PKR Kedah Nor Azrina Surip.

Dia merujuk kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam yang mendakwa terdapat komplot untuk memecatnya sebagai wakil rakyat negeri dalam Majlis Kewangan Negara.

“Walhal di dalam Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri.



“Jelas menunjukkan tiada kuasa perdana menteri untuk menamakan orang lain selain individu yang diperkenan Sultan jika mengambil konteks dalam negeri Kedah,” kata Nor Azrina (gambar, bawah) pada satu kenyataan hari ini.

Justeru, dia menggesa Sanusi supaya berhenti berbohong mengenai kerajaan persekutuan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nor Azrina mengingatkan Sanusi mengenai titah baginda Tuanku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 pada Mac.

Katanya, baginda telah berpesan supaya mengelak berpolitik secara berlebihan dan sentiasa berusaha menjaga hubungan di antara satu sama lain khususnya antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.



“Jelas menunjukkan harapan yang tinggi agar mengekalkan profesionalisme demi rakyat Kedah,” katanya.

Sultan Kedah juga, kata Nor Azrina menekankan bahawa negara, negeri dan rakyat memerlukan kestabilan politik untuk memperoleh manfaat melalui pembangunan projek ekonomi dan program kesejahteraan rakyat yang dirancang.

“Namun, Sanusi telah berulang kali membangkitkan isu yang boleh menyebabkan pergeseran antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan seperti mendakwa bulan lalu bahawa beliau telah dihalang daripada acara persekutuan.

“Saya yakin Yang Amat Berhomat Menteri Besar amat memahami bahawa Islam mengajar umatnya agar sentiasa berlaku jujur dalam apa jua perbuatan termasuklah pertuturan.



“Memetik pandangan Imam Al-Nawawi Rahimahullah, dalam Syarah Sahih Muslim, Al Nawawi bohong ini didefinisikan sebagai – mengkhabarkan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja atau tidak dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlaku atau akan datang.”

“Dari pandangan di atas jelas menunjukkan bahawa pembohongan seperti itu tidak wajar dilakukan meskipun bertujuan berjenaka untuk menarik perhatian atau sokongan orang,” kata Nor Azrina lagi.

Sanusi semalam mendakwa terdapat komplot untuk memecatnya sebagai wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara.

Sanusi berkata gerakan itu cuba menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Kedah Norizan Khazali.



Dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti dakwaannya.

Dia juga sebelum ini mendakwa disekat hadir majlis kerajaan persekutuan termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023) bulan depan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker