Daiyan Trisha boleh mati tanpa muzik

Daiyan Trisha boleh mati tanpa muzik

‘Saya mungkin boleh mati jika hidup tanpa muzik’

Bimbang dengan situasi semasa industri seni kreatif yang semakin tenat ekoran pandemik Covid-19, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membayangkan dirinya boleh mati sekiranya hidup sepi tanpa muzik.



Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, itu juga tidak dapat menggambarkan kehidupan tanpa elemen muzik yang menghiasi setiap sudut hidupnya sebagaimana rutin seharian sehingga hari ini.

“Saya sejujurnya tidak dapat membayangkan sekiranya hidup dalam ketiadaan seni muzik. Saya fikir saya boleh mati.

“Bagaimana untuk hidup tanpa menulis, menghasilkan muzik dan bermain dengan instrumen? Bagaimana jika kita hilang seni ini kerana industri yang diceburi sedang merana?” tulis bekas pengacara Muzik Muzik itu dalam satu hantaran Instagram.

Bagaimanapun tutur teraju utama filem Busker itu kepada Kosmo! Online, perkara tersebut diibaratkan sebagai metafora terhadap minatnya dalam bidang seni muzik.



“Itu hanya metafora, tidaklah mati betu-betul. Bagi saya jika tiada muzik, jiwa saya hilang.

“Menulis dan menghasilkan muzik ialah coping mechanisms iaitu cara untuk menangani stres atau menjauhi emosi negtaif dalam diri,” jawabnya ringkas.

Difahamkan hantaran tersebut dilakukan sempena kempen Apa Khabar Anak Seni yang dilancarkan sekumpulan penggiat industri hiburan tanah air.

Selain berlakon, menyanyi dan pengacara, Daiyan juga aktif menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri sepanjang tempoh pandemik Covid-19.



Baru-baru ini juga, kontraknya sebagai pengacara Muzik Muzik turut ditamatkan dan diganti oleh penyanyi Sissy Iman. K Online

Daiyan Trisha boleh mati tanpa muzik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker