Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…

Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim melahirkan rasa kesal apabila kerajaan negeri Kedah tidak dijemput pada Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang yang dihadiri Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada Khamis lalu.

Beliau berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Exco Kesihatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman serta beliau sepatutnya dijemput sama dalam program terbabit namun tiada sebarang jemputan diterima.

“Tiada siapa sangka seorang menteri bagai tidak peka atau lebih mudah tidak pandai dan beradab dalam melaksanakan tugas.

Apa alasannya kerajaan negeri tidak dijemput? Adakah hanya politik yang tidak seiring dengan kerajaan Pusat?

“Ini jelas menunjukkan betapa tidak pekanya seorang menteri yang seakan-akan memberi gambaran teladan daripada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali mengadakan lawatan tanpa melibatkan pentadbiran di peringkat negeri. Mungkin suka gamaknya tetapi sangat menjelekkan,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Facebook beliau kelmarin.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata menteri berkenaan diminta mengamalkan politik matang dan beradab dengan memberi ‘salam’ ketika masuk ke rumah orang.

Katanya tindakan menjemput pemimpin daripada parti pembangkang dalam hal ini bukan lah satu kesalahan.

“Pemimpin parti seiring kerajaan yang tidak menang pun boleh dijemput, apa salahnya jemput juga pemimpin-pemimpin parti yang lain kan? Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tidak mengapa tetapi saya pun nak tengok pembangunan yang dibawa untuk rakyat di kawasan saya

“Untuk pengetahuan, saya sendiri pernah terlibat dalam projek pembangunan Hospital Pendang terbabit. Dalam hal yang membawa kebaikan kepada rakyat, kementerian sepatutnya bersifat lebih terbuka dengan melibatkan semua pihak tanpa mengira ideologi politik. Kerana apa? Kerana ia adalah untuk rakyat demi rakyat,” katanya. HM

Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker