Menteri kerajaan gagal dilantik perbaiki kegagalan sendiri – Mahathir

Sebaran :

Menteri kerajaan gagal dilantik perbaiki kegagalan sendiri – Mahathir

Menteri ‘kerajaan gagal’ dilantik perbaiki kegagalan sendiri, Dr M bidas keahlian MPN

Dr Mahathir Mohamad membidas Putrajaya kerana masih melantik menteri ‘kerajaan gagal’ menyertai Majlis Pemulihan Negara dan meminggirkan cadangan beliau supaya badan seumpama itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan politik.

Mahathir dalam satu kenyataan berkata, penglibatan menteri tertentu dalam badan itu umpama “menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka,” dan ia bukanlah tindakan bijak.

“Ianya (MPN kerajaan) dipengerusikan oleh Muhyiddin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sebagai Menteri penyelaras MPN.

“Selain itu, turut dilantik ialah Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari kerajaan gagal ini,” kata Mahathir yang sebelum ini mengusulkan penubuhan MPN ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) kepada Istana Negara pada 10 Jun lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika cadangan itu dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, beliau mahukan badan itu tidak dipengaruhi oleh politik peribadi atau kepartian, sebaliknya mengutamakan rakyat dan negara.

“Saya telah memikir secara amat mendalam keahlian badan itu yang saya yakin dapat membantu negara mengatasi krisis ini selain menyediakan rancangan jangka panjang pemulihan,” katanya.

Mahathir berkata MPN yang diusulkan beliau merangkumi 16 pakar pelbagai bidang selain empat wakil ahli politik dari Umno, PKR, DAP dan Muda untuk menyertai MPN ciptaan beliau.

“Mereka yang dicadangkan adalah Azalina Othman Said (Umno); Hannah Yeoh (DAP); Fahmi Fadzil (PKR) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda),” katanya sambil menegaskan pilihan itu berdasarkan usaha yang dilakukan mereka selama ini, bukan berpaksikan kepada politik kepartian.

Mahathir turut menamakan bekas menteri persekutuan, Rafidah Aziz; pakar ekonomi, Jomo K. Sundram; pakar perubatan, Dr Adeeba Kamarulzaman; pakar pendidikan, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz sebagai calon yang mampu memainkan peranan penting dalam MPN yang dicadangkannya.

“Saya percaya dengan menghadkan keahlian tidak lebih 20 orang, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat,” katanya.

Bagaimanapun, Mahathir menegaskan penubuhan MPN ala Mageran yang dicadangkannya tidak akan meminggirkan pegawai tinggi kerajaan.

“Saya cadang supaya Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan kesemua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak serta Negeri- Negeri lain di Semenanjung dilantik sebagai ex-officio.

“Mereka ini akan dijemput hadir bila berkaitan dengan peranan mereka sementara setiap dari anggota MPN ini boleh, dengan kepakaran dan pengalaman mereka membentuk sub-committee mereka sendiri untuk mencadang langkah-langkah perlu dan diaju kepada MPN,” katanya.

Katanya lagi, nama yang disenarai dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka. Bagaimanapun beliau yakin mereka rela berkhidmat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,

‘Mereka akan bersetuju kerana ini satu ‘National Service’ atau khidmat negara,” tegasnya.

Katanya, jika mereka dilantik dan MPN diberi kuasa untuk menangani krisis yang dihadapi negara secara fokus dan terancang, beliau yakin badan yang diilhamkannya itu akan mampu membawa negara keluar dari kemelut Covid-19.

“Jika MPN yang saya cadangkan ini diterima, badan ini akan dapat berfungsi dengan segera dan ‘hit the ground running’,” katanya. FMT

Menteri kerajaan gagal dilantik perbaiki kegagalan sendiri – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply