Peminat Sanggup Marah Lantai Demi Lee Zii Jia

Sebaran :

Peminat Sanggup Marah Lantai Demi Lee Zii Jia

Ramai peminat sukan tanah air memuji semangat juang yang ditunjukkan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia ketika menentang juara bertahan Chen Long pada aksi Sukan Olimpik Tokyo, malam semalam.

Tanda pagar nama juara All England berkenaan sohor kini di laman Twitter diulang kicau lebih 198,000 kali di laman Twitter.

Rata-rata penyokong Malaysia memberi kata-kata semangat dan tidak menyalahkan atlet tersebut dan beranggapan beliau mempunyai lebih banyak peluang untuk melakar kejayaan pada masa depan.

“Tiada apa yang hendak dikecewakan. Zii Jia masih muda, perjalanan masih jauh dan ada banyak peluang lagi,” kata Zamri Kadir.

“Olimpik pertama buat Lee Zii Jia. Boleh ambil pengalaman banyak di sini untuk Olimpik akan datang. Datang kembali dengan lebih kuat,” ujar Enche Aswad.

“Walaupun kalah tetapi hormat dengan semangat Lee Zii Jia. Mungkin Olimpik akan datang ada rezeki untuk beliau. Permainan yang bagus,” puji Amin Amiryn.

Dalam pada itu terdapat juga segelintir netizen di laman Twitter secara bergurau sanggup memarahi lantai sebagai ‘punca’ kecederaan Zii Jia.

“Lantai lebih baik minta maaf kepada Lee Zii Jia. Tangannya yang begitu berharga sudah cedera,” komen Nur beserta emoji menangis dan memegang penyapu lidi.

“Ini semua salah lantai,” komen @zkdlintyaaa dan dibalas @jae yang mengulas: “Saya sanggup berlawan dengan lantai tempat Lee Zii Jia terjatuh tadi,” guraunya.

“Saya apabila melihat Lee Zii Jia kelihatan tidak selesa disebabkan kecederaan tangan kanannya,” ujar pemilik akaun bernama @jellymfs sambil menunjukkan gambar ‘meme’ menangis.

Terdahulu Lee Zii Jia tidak berjaya melangkah ke suku akhir dengan keputusan 21-8, 19-21, 5-21. – K! ONLINE

Peminat Sanggup Marah Lantai Demi Lee Zii Jia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply