Bekas pemain skuad Piala Thomas 1970 negara meninggal dunia
Bekas pemain skuad Piala Thomas 1970 negara Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia.
Perkembangan itu disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi kenyataan di Facebook badan induk itu, sebentar tadi.
Menurut kenyataan berkenaan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada jam 5.53 petang Khamis.
“Jasa serta sumbangan Allahyarham dalam arena badminton kebangsaan pasti akan terus dikenang. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.
Abdul Rahman dilahirkan pada 9 Mei 1946, juga anggota skuad Piala Thomas 1970, turun selaku perseorangan kedua selepas mendiang Datuk Punch Gunalan pada perlawanan akhir edisi kelapan kejohanan berprestij itu menentang Indonesia.
Bekas pemain skuad Piala Thomas 1970 negara Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia.
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
You must be logged in to post a comment.