Lelaki tawar “khidmat” bayar cukai LHDN dicekup polis

Lelaki tawar “khidmat” bayar cukai LHDN dicekup polis

Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila wangnya berjumlah RM382,500 lesap akibat diperdaya lelaki yang kononnya boleh menyelesaikan urusan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kejadian di Kuching, Sarawak lelaki berusia 74 tahun itu mengalami kerugian besar selepas diminta membuat 21 bayaran kepada suspek berusia 50-an sejak Mei tahun lalu.



Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah memaklumkan, suspek berjaya diberkas pada Selasa lalu selepas polis bertindak atas risikan serta laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

“Dia sudah dituduh dengan 21 dakwaan di Mahkamah Kuching semalam dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, suspek memerangkap mangsa dengan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan bayaran denda cukai dan pembayaran cukai pendapatan tahunan kepada LHDN.

Katanya, suspek meminta wang daripada mangsa sebelum urusan terbabit dilakukan.



“Berdasarkan semakan, kita mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau apabila pernah ditahan terbabit dalam jenayah pemerasan, kesalahan mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Kita percaya, penahanan suspek ini dapat menyelesaikan lapan kes penipuan di bandar ini,” katanya. FMT

Lelaki tawar “khidmat” bayar cukai LHDN dicekup polis


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker