BN Perak, Pahang gesa Muhyiddin, Takiyuddin, mohon ampun Agong

BN Perak, Pahang gesa Muhyiddin, Takiyuddin, mohon ampun Agong

Barisan Nasional (BN) Perak menyarankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan supaya berjiwa besar memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad, membuat gesaan itu susulan krisis berhubung pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong menyebabkan Sultan Abdullah dukacita.

“Adalah amat malang apabila keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam soal menangani krisis Covid-19 yang mencengkam kehidupan rakyat bukan sahaja dikesampingkan, malah tindakan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Agong jelas mencabuli prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Perdana Menteri Mahiaddin dan Takiyuddin perlu berjiwa besar untuk memohon keampunan Seri Paduka Baginda serta mengambil tanggungjawab ke atas segala kekhilafan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Saarani, BN Perak bimbang perkembangan ini bukan sahaja akan memberi implikasi besar terhadap kedaulatan undang-undang, malah dikhuatiri akan menjerumuskan negara ke kancah krisis Perlembagaan.

“Menyedari episod hitam yang berlaku hari ini berpunca daripada kegoyahan dan ketidakstabilan politik, maka perlu ada kemahuan politik dari semua pihak untuk mengembalikan kredibiliti Dewan Rakyat dalam menentukan keabsahan sokongan dan kedudukan kerajaan yang ada hari ini,” katanya.

Gesaan sama dibuat BN Pahang yang menyifatkan Muhyiddin dan Takiyuddin tiada pilihan selain memohon keampunan Agong atas kekhilafan yang berlaku.

“BN Pahang menuntut agar kerajaan pusat mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan yang sangat nyata ini dan sikap membisu sehingga kini, tidaklah sesekali membantu,” kata Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, BN Pahang juga kesal dengan isu tersebut kerana bukan sahaja membelakangi kuasa Agong selaku ketua negara, malah prinsip kedaulatan undang-undang.

Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong belum memperkenan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Menteri Undang-undang Takiyuddin di Parlimen pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri menegaskan pembatalan ordinan terbabit dibuat mengikut landasan undang-undang.
FMT

BN Perak, Pahang gesa Muhyiddin, Takiyuddin, mohon ampun Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker