Perancah besi projek MRT3 runtuh, pekerja terperangkap
Perancah besi projek MRT3 runtuh, pekerja terperangkap
KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan lima mangsa terbabit dalam runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini hari ini.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, daripada lima mangsa yang juga pekerja asing warga Bangladesh, empat mangsa sudah diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dan runtuhan berkenaan.
“Kita menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi 2.58 petang.
“Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi dan pihak bomba masih dalam operasi mengeluarkan mangsa.
“Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. BH
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Perancah besi projek MRT3 runtuh, pekerja terperangkap
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid