Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan

Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon menukar tempat duduk dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Laporan itu menyebut Ahmad Zahid bersama tiga lagi ahli Parlimen meminta untuk menukar tempat duduk dalam persidangan itu.

Azhar menegaskan, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada ahli-ahli Parlimen tersebut.

“Saya anggap berita itu adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memohon supaya tempat duduknya di blok kerajaan pada sidang khas Dewan Rakyat itu diubah kerana tidak mahu dianggap menyokong ‘kerajaan gagal’.

Pertukaran tempat duduk itu dimohon Ku Li menerusi sepucuk surat kepada Azhar bertarikh 26 Julai 2021.

Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


4 MP UMNO minta tukar tempat, pembohongan besar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker