Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan

Memakai pakaian tradisional sudah menjadi sinonim dengan sambutan Hari Kebangsaan di sekolah tetapi seorang pelajar mendakwa guru di sekolahnya menghalang pelajar memakai pakaian tradisional kaum lain.

Pelajar itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Susan, berkata sekolahnya di Lembah Klang itu juga tidak membenarkan pelajar berbangsa India memakai sari ke program itu.

“Pelajar Cina hanya dibenarkan memakai cheongsam atau hanfu. Bagaimanapun, pelajar India tidak diberi peluang untuk memakai sari.



“Guru disiplin mengarahkan pelajar yang memakai sari untuk menulis nama dalam senarai pelajar yang tidak mematuhi kod pakaian,” katanya kepada FMT.

“Nama mereka juga akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), yang mungkin menjejaskan rekod pelajar pada masa depan.”

Susan berkata, namanya juga direkodkan dalam SSDM kerana melanggar kod pakaian.

Katanya, pengetua sekolah masih belum menjelaskan perkara itu pada perhimpunan sekolah selepas program itu, yang bertujuan untuk “memupuk perpaduan”.



Tangkap layar kumpulan WhatsApp guru dan ibu bapa yang dilihat FMT menunjukkan ibu bapa yang tidak berpuas hati mendesak guru memberikan penjelasan.

Susan juga mendakwa pelajar India yang memakai tali suci di pergelangan tangan diarahkan oleh guru untuk membukanya.

“Dalam satu kejadian, guru disiplin memberitahu pengawas sekolah untuk meminta pelajar yang mahu memakai tali suci untuk mendapatkan surat kebenaran.”

FMT sedang cuba mendapatkan komen pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan (KPM).



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker