Enggan disembelih, lembu lari ‘bermain’ gelongsor air

Enggan disembelih, lembu lari ‘bermain’ gelongsor air

BRASILIA, BRAZIL – Seekor lembu dirakam ‘bermain’ gelongsor air di sebuah taman tema air di Brazil selepas melarikan diri dari sebuah pusat sembelihan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Meskipun berjaya melarikan diri daripada disembelih, haiwan itu berisiko jatuh dari gelongsor air yang tinggi itu.

Bagaimanapun, lembu tersebut ‘bernasib baik’ kerana gelongsor yang direka untuk menampung berat sehingga 204.1 kilogram (kg) itu berupaya menampungnya yang seberat 317.5 kg.

Berdasarkan video yang dikongsikan, ia dilihat memanjat tangga dan menggelongsor turun ke dalam kolam.

Setelah berjemur di bawah matahari, lembu itu mengambil sedikit masa untuk merenung jurukamera di taman tema air yang kosong itu.

Haiwan itu kemudiannya ditemui di Rio de Janeiro, di mana pemilik ladang ternak tersebut berjaya menangkapnya dan menjadikannya haiwan peliharaan serta menamakannya ‘Toboga’ (gelongsor dalam bahasa Portugis). K Online

Enggan disembelih, lembu lari ‘bermain’ gelongsor air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker