Wang tunai, pakej percutian, bot laju sebagai rasuah bolot projek

Wang tunai, pakej percutian, bot laju sebagai rasuah bolot projek.  Tiga kontraktor ditahan kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai di sebuah agensi pusat di Mersing, Johor bagi mendapatkan projek yang ditawarkan oleh agensi berkenaan sejak tahun 2018.

Kontraktor terbabit berusia antara 31 hingga 44 tahun itu dipercayai mengawal 11 syarikat yang didaftarkan atas nama mereka dan juga proksi untuk membolot projek-projek agensi pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah tersebut.

Menurut sumber, projek-projek yang dimonopoli antara tahun 2018 hingga 2021 itu dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

“Kontraktor-kontraktor berkenaan memberikan pelbagai bentuk suapan rasuah kepada pegawai agensi terbabit termasuk pakej percutian, wang tunai dan barang berharga termasuk sebuah bot laju,” katanya di sini, pada Ahad.

Siri serbuan di sekitar Mersing sejak awal pagi Sabtu itu turut menahan seorang jurutera daerah dan dua penolong jurutera kerana dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor terbabit.

Tambah sumber itu lagi, pihaknya menjangkakan akan ada lagi tangkapan susulan bergantung kepada hasil siasatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan.

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Wang tunai, pakej percutian, bot laju sebagai rasuah bolot projek

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker