Covid-19 mencanak, betul ke rakyat tak berdisiplin? – Asyraf
Covid-19 mencanak, betul ke rakyat tak berdisiplin? – Asyraf
KUALA LUMPUR – ”Ramai yang mengeluh dengan kes harian tertinggi hari ini mencecah angka 15,902.
”Namun ada juga suara sumbang yang menyalahkan rakyat tidak berdisiplin. Benarkah begitu?,” soal Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata, rakyat lebih awal desak supaya kerajaan melaksanakan total lockdown betul-betul.
Malah Pemuda UMNO antara yang lantang bersuara mencadangkan pelaksanaan total lockdown antara 14 hingga 21 hari sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dulu dengan menyediakan juga bantuan khas kepada rakyat yang terpaksa berkurung.
Namun, apabila Menteri Kanan Keselamatan waktu itu setuju tutup semua kilang ‘pintu depan’, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) pula buka ‘pintu belakang’.
Bahkan dengan bangga mengumumkan pembukaan kilang-kilang hingga mencecah 128,150 syarikat hanya tiga hari selepas Perdana Menteri akur dengan tuntutan rakyat apabila mengisytiharkan total lockdown pada 1 Jun 2021.
Itupun selepas angka kes baharu Covid-19 mencecah 8,290, tambah Asyraf.
Dakwa beliau, negara lain buat total lockdown berjaya turunkan kes jangkitan.
“Kita pula bagaimana?,” soal beliau.
Secara sinis beliau berkata, kalau memang niat dari awal nak buka kilang-kilang seperti biasa tak perlulah guna istilah total lockdown! MG
Covid-19 mencanak, betul ke rakyat tak berdisiplin? – Asyraf
Baca Artikel Menarik :
- Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining
- Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
- Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama
- Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan
- Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
- Resepi Ayam Kung Pao Juicy
Mana satu yang nak pakai, tutup semua atau jangan tutup ekonomi? Anti kerajaan sekarang sedang bermain perang psikologi dengan membuat pukulan semua arah tetapi kesannya kepada rakyat membuatkan mereka berserabut dan akhirnya menyalahkan ahli-ahli politik yang hanya pandai bercakap tanpa ada usaha dan sumbangan kepada rakyat.dalam menangani pendemik dan kesannya.