Spiderman ditahan selepas membelasah pelanggan pasar raya

Sebaran :

Spiderman ditahan selepas membelasah pelanggan pasar raya

LONDON – Lima individu ditangkap polis selepas seorang kakitangan dan beberapa pelanggan sebuah pasar raya di London ditumbuk dan ditendang oleh ‘Spiderman’.

Kejadian itu berlaku pada malam Khamis lalu.

Rakaman video Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam pasar raya Asda itu menunjukkan seorang individu yang memakai kostum adiwira Spiderman menendang kakitangan pasar raya berkenaan di dada dan menumbuk di mukanya sehingga terjatuh di atas lantai dan menyerang yang lain menggunakan batang besi.

Rentetan serangan itu, seorang gadis muda berusia 20-an telah dikejarkan ke hospital akibat cedera manakala lima lagi mangsa dirawat oleh paramedik di lokasi.

Seorang mangsa terbaring di atas lantai selepas diserang di muka berulang kali oleh ‘Spiderman’ itu dan ratusan pelanggan yang menyaksikan insiden itu menjerit meminta tolong semasa kejadian berlaku sekitar 10.40 malam.

Punca tercetusnya pergaduhan itu masih tidak dapat dikenalpasti termasuk kehadiran pengawal keselamatan semasa insiden itu.

Pengguna yang menularkan video itu dalam Twitter mendakwa ‘Superman’ itu menyerang individu secara tiba-tiba semasa orang ramai sedang membeli-belah.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, seorang suspek lelaki berusia 31 tahun telah ditahan kerana bertindak ganas dan melakukan jenayah, menyerang orang ramai.

Sementara dua lagi lelaki berusia 37 dan 35 juga ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Dua gadis remaja berusia 17 dan 18 tahun turut dicekup disyaki bersubahat dalam jenayah tersebut.

“Polis dipanggil sekitar jam 10.40 malam selepas mendapat aduan orang ramai di pasar raya di Lavender Hill, SW11.

“Keseluruhannya lima suspek ditahan berhubung insiden ini dan mereka masih ditahan di lokap Balai Polis London Selatan, ” katanya. MG

Spiderman ditahan selepas membelasah pelanggan pasar raya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri


Sebaran :

Leave a Reply