Harap Hidayah buang ego – Netizen

Harap Hidayah buang ego – Netizen

“Empat tahun saya tak tengok dia (Hamzah), ini kali pertama saya jumpa.”

Demikian kata-kata meruntun jiwa pelawak Ali Puteh saat bertemu dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang juga anak kepada Allahyarham Abam Bocey (abangnya) dan juga kakak iparnya, Hidayah, selepas empat tahun.



Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan tidak dapat menahan rasa sebak apabila akhirnya dapat memeluk dan mencium anak saudaranya itu bagi melepaskan rasa rindu.

Katanya, dia bersyukur dengan pertemuan tersebut apabila dapat berjumpa dengan Hamzah dan berharap agar hubungannya dengan kanak-kanak itu tidak akan terputus.

“Syukur Ya Allah dengan ujian ini. Mak, abang, angah (panggilannya) dan selesai semuanya. Insya-Allah legasi syed, Sharifah kita tidak akan terputus,” kata Ali.

Dalam pertemuan itu, Ali, 35, turut meminta izin untuk memeluk dan mencium Hamzah kerana terlalu rindu selepas tidak berjumpa dengannya selama empat tahun.



“Meh (mari) dekat pak ngah. Ini duit belanja Hamzah. Nanti beli gula-gula ya. Boleh saya cium dia ya? Empat tahun saya tidak berjumpa.

“Jadi anak yang baik ya sayang,” katanya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak dan simpati melihat kesedihan yang ditanggung Ali saat dipertemukan dengan kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Pada masa sama, netizen turut mengharapkan agar Hidayah atau Siti Nor Hidayah dapat membuang rasa ego dan tidak lagi memisahkan hubungan kekeluargaan antara anaknya dengan keluarga mentua.



“Harap Dayah buang ego. Setiap orang ada kelemahannya,” kata seorang netizen.

“Ali dah rendahkan ego. Harap Dayah tak teruskan ego juga. Hamzah tetap darah daging Ali. Semoga selesai sengketa ini,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

“Dayah tolong buang ego awak. Jangan putuskan hubungan Hamzah dengan keluarga arwah ayahnya,” saran seorang lagi netizen.



Semalam, Ali berkongsi video bertemu dengan Hidayah untuk melangsaikan hutang tuntutan saman berjumlah RM75,000 kepada kakak iparnya seperti yang diperintahkan mahkamah.

Namun difahamkan, urusan pembayaran hutang saman itu masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaski tersebut melalui peguamnya.

Untuk melangsaikan hutang tersebut, Ali terpaksa menjual tujuh buah trofi yang pernah dimenanginya untuk mendapatkan wang.

Antara ‘harta’ yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.

Selain itu, Ali turut menjual sebuah motosikal jenis RXZ berwarna merah miliknya, selain sebuah kereta Honda Accord berwarna putih.



Pada Mei 2020, Hidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah. K Online

Harap Hidayah buang ego – Netizen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker