Tokyo 2020, Peng Soon-Liu Ying tewas aksi sulung

Sebaran :

Tokyo 2020, Peng Soon-Liu Ying tewas aksi sulung. PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mencatatkan kemenangan sebagaimana yang diharapkan apabila tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21 pada acara badminton Kumpulan D Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Plaza Sukan Mushashino, pada Sabtu.

Setelah tewas set pertama 18-21 dalam tempoh 21 minit, pasangan ranking ketujuh dunia itu mempamerkan kebangkitan pada set kedua bagi mencatatkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 15 minit bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun pada set penentuan, Peng Soon-Liu Ying dilihat banyak melakukan kesilapan bagi membenarkan pasangan ranking ke-13 dunia itu menang 21-16, dalam tempoh 25 minit.

Peng Soon dan Liu Ying bakal berdepan pasangan ranking ke-19 dunia dari Jerman, Lamsfuss Mark-Herttrich Isabel pada aksi kedua peringkat kumpulan pada Ahad.

Tokyo 2020, Peng Soon-Liu Ying tewas aksi sulung

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebarkan ‘fitnah, warga emas cedera ‘Makan’ penampar penghulu

 


Sebaran :

Leave a Reply