Perahu karam, budak lelaki hilang dikhuatiri lemas

 

Anak panah memaparkan lokasi kejadian perahu dinaiki empat sekeluarga karam di Sungai Rajang, Kuching hari ini.

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila enjin perahu dinaiki empat sekeluarga itu menghadapi masalah.

“Enjin perahu mengalami masalah dan gagal dihidupkan menyebabkan perahu hanyut lalu melanggar tongkang yang berlabuh mengakibatkan perahu berkenaan karam.

“Ayah mangsa, Antas Agang bersama isteri dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, Jenggut Atas, 10, hilang dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama anggota polis

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker