Dedahkan dana politik
Dedahkan dana politik . Awang terperanjat mantan menteri yang paling muda dalam sejarah negara kita didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah bintang baharu dunia politik. Tentulah banyak pihak menaruh harapan pada beliau. Beliau adalah wajah masa depan politik negara kita.
Tidak ada siapa yang akan pertahankan beliau sekiranya betul beliau terbabit dengan kesalahan tersebut. Biarlah Syed Saddiq buktikan beliau tidak bersalah di mahkamah.
Tapi pada pendapat Awang, ada hikmahnya kes ini. Ia peluang kita membetulkan yang salah. Kes ini melibatkan pembiayaan politik atau political funding.
Kita semua tahu parti politik perlukan wang yang banyak. Macam-macam cara wang ini dipungut. Masa zaman UMNO berkuasa, banyak syarikat yang dipegang oleh wakil atau nominee UMNO. Dari hasil keuntungan perniagaan itulah parti dapat habuan.
Awang teringat Bossku Tuk Seri Najib pernah tubuhkan Jawatankuasa Konsultasi Pembiayaan Politik. Awang dengar jawatankuasa itu sudah berikan laporan dan cadangan pada Bossku. Apabila BN jatuh, Pakatan Harapan (PH) nampaknya tak ambil kisah. Kerajaan Perikatan Nasional (PH) pun nampaknya tak minat.
Awang rasa dalam kes mahkamah ini akan terdedah soal pembiayaan politik ini. Biarlah rakyat tahu bagaimana seseorang itu gunakan dana politik di tangannya. Dalam hal Syed Saddiq, jumlahnya lebih kurang sejuta ringgit. Itu kacang goreng. Khabarnya ada orang yang pegang beratus-ratus juta ringgit.
Soalan yang rakyat nak tahu, dari mana datangnya wang yang begitu banyak?
Dedahkan dana politik
Baca Artikel Menarik :
- Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining
- Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
- Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama
- Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan
- Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
- Resepi Ayam Kung Pao Juicy
Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar
You must be logged in to post a comment.