Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar

Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak membidas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengatakan dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, bantuan bakul prihatin daripada kerajaan tidak dapat memenuhkan dapur rakyat.

“Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi beras (5kg), gula (1kg), tepung (2kg), bihun (400gram), kicap (650ml), sardin (230gram), biskut dan kopi,” katanya di Facebooknya.



Terdahulu, Muhyiddin berkata rakyat tidak perlu mengibarkan bendera putih kerana kerajaan prihatin memberikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka.

Dalam pada itu, Najib berkata duit yang dapat dijimatkan setelah mendapat derma 2.5 juta dos vaksin -1 juta dari Amerika Syarikat, 1 juta dari Jepun dan 500 ribu dari China boleh digunakan untuk tambah bakul makanan. Katanya, dengan anggaran kos RM60 satu dos, kerajaan sudah jimat RM150 juta.

 

 

“Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan.



“Dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini,” katanya.

Najib berkata, jika niat ialah untuk membantu mereka yang benar-benar sudah susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan maka bantulah dengan betul dan ikhlas.

Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pak Long Mail kerap baca komen netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker