Penunggang motosikal maut ketika memotong
Penunggang motosikal maut ketika memotong . Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Bukit Balai Durian Tunggal, di sini pada malam Khamis.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.15 malam, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Zahari Ismail, 44 tahun beralamat di Bukit Cina manakala mangsa cedera parah, Muhammad Hafiz Mohd Hishamuddin mengalami patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan seorang penunggang motosikal Yamaha dari arah Gangsa ke Durian Tunggal gagal memotong sebuah kenderaan jenis Kia Seranto.
Menurutnya, pada masa sama sebuah kenderaan jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 45 tahun dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu berlaku pelanggaran ketiga-tiga kenderaan terbabit.
“Akibat pelanggaran itu mangsa beralamat di Bukit Cina disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah.
“Seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami patah kaki dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan diminta hadir ke Balai Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Penunggang motosikal maut ketika memotong
Baca Artikel Menarik :
- Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir
- Ramai lagi ahli Parlimen akan diugut – Syed Saddiq
- Pegawai dakwa netizen ambil kesempatan lanyak Sanusi
- Mau autograf ke? Masih belum insaf
- Fizo nak kahwin hujung tahun
- Resepi gulai daging korban memukau
You must be logged in to post a comment.