Mana duit sumbangan RM20j, Ebit soal Nadir

Mana duit sumbangan RM20j, Ebit soal Nadir

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan ke mana RM20 juta sumbangan yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Menurut Ebit, bukan dia yang sepatutnya menunjukkan bukti perbelanjaan ke Gaza, Palestin kerana semuanya menggunakan duit sendiri.

“Saya tidak pernah buka tabung Gaza. Nadir yang buka dengan ikhlas untuk membantu orang lain. Malah, setahun dia menerima RM20 juta.

“Saya tidak pernah buka tabung untuk Gaza tetapi ramai yang maki hamun saya ingatkan saya guna duit bantuan orang ramai untuk ke sana.

“Yang kumpul duit ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) dan dalam siaran langsung Nadir sendiri ada beritahu dapat kumpul RM20 juta.

“Jadi yang patut tunjukkan bukti perbelanjaan itu sebenarnya ialah dia. Ke mana perginya duit RM20 juta itu. Apa yang saya tahu, setakat ini sudah sejuta ringgit dikeluarkan untuk membeli makanan penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut mengakui tuduhan menggunakan wang yang banyak sebagai cara mudah untuk masuk ke Gaza sebagai satu fitnah yang terlampau terhadapnya.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menetap di Gaza mendakwa Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran yang tinggi untuknya masuk ke Palestin.

“Ini fitnah terlampau. Saya sendiri tidak tahu apa itu syarikat Hala dan saya ke Gaza juga dengan menggunakan khidmat pertolongan Kedutaan Malaysia di Mesir.

“Nadir kata ada satu jalan sahaya untuk masuk ke Gaza iaitu menggunakan NGO Miles Of Smiles dan sebenarnya kami dah berhubung pun dengan mereka sebelum itu

“Miles Of Smiles meminta bayaran yang tinggi dan jumlah untuk 10 orang masuk ke Gaza memerlukan kos sebanyak RM400,000,” katanya.

Disebabkan itu juga menurut Ebit, disebabkan kos yang terlalu tinggi, dia sudah berhasrat untuk membatalkan sahaja niat untuk masuk ke Gaza.

Namun menurut Ebit, ketika dia memberitahu niatnya untuk pulang ke Malaysia, Kedutaan Malaysia di Mesir tampil untuk membantu memasuki Gaza menerusi satu ejen yang lain.

“Kedutaan Malaysia kata mereka ada ejen perisikan tentera mesir yang boleh bantu dan masuk ke GAZA dengan menggunakan Lucky Tour.

“Caj yang dikenakan juga untuk seorang jauh lebih rendah iaitu hanya RM10,000 sahaja bagi seorang. Kita dah dapat diskaun RM30,000,” katanya.

Malah jelas Ebit, dia sebenarnya telah membuka jalan yang lebih mudah untuk semua NGO masuk dan memberi bantuan ke Gaza.

Malah, katanya, NGO Miles Of Smiles juga selepas itu telah menghubungi kedutaan Malaysia di Mesir untuk bantu mereka bawa masuk lebih 200 NGO yang lain.

“Tuduhan yang kata saya bayar tinggi hingga menyusahkan NGO lain itu adalah fitnah yang melampau.

“Saya dah bantu untuk mudahkan daripada bayar RM40,000 kepada RM10,000 sahaja. Saya juga sentiasa berdia supaya orang lain juga dapat masuk,” katanya yang menanti selama 33 hari sebelum dibenarkan masuk ke Gaza. SM

Mana duit sumbangan RM20j, Ebit soal Nadir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker