Fizz Fairuz bengang dikencing ‘Scammer Tender’

Fizz Fairuz bengang dikencing ‘Scammer Tender’. Pelakon, Datuk Fairuz Zainal atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul pada Rabu selepas mendakwa dirinya ditipu oleh seorang individu berusia 26 tahun yang mengaku berpangkat Datuk Seri.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 41 tahun itu diminta untuk membuat pembayaran kepada individu berkenaan sebagai cagaran dalam urusan penyambungan tender pembersihan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mangsa diminta untuk membayar satu peratus (RM18,000) daripada nilai harga tender sebagai cagaran.



“Setelah pembayaran dibuat, mangsa menghubungi suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan tawaran projek tersebut namun pelbagai alasan diberikan dan kini (suspek) gagal dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, pembayaran yang dibuat oleh Fizz Fairuz pada 6 Jun itu adalah dibayar sebagai bon bagi sebuah tender projek milik DBKL.

Menurut laporan tersebut, beliau mendapati ramai lagi selain dirinya yang menjadi mangsa penipuan individu terbabit dan membuat laporan polis selepas suspek secara berulang kali gagal untuk dihubungi.

Sehubungan itu, menurut Eng Lai, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Menipu) dan jika disabitkan kesalahan suspek bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.



Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan taktik licik penjenayah dan menasihatkan supaya sentiasa membuat semakan dengan agensi rasmi yang menguruskan mana-mana projek tender.

Fizz Fairuz bengang dikencing ‘Scammer Tender’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker