Drama isu keselamatan terbaru dari PAS

Pas Pusat arah Sanusi tidak hadir ceramah atas faktor keselamatan?

Drama isu keselamatan terbaru dari PAS

MERBOK – Ribuan penyokong Perikatan Nasional (PN) kecewa apabila diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dapat hadir berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional Bersama MB Kedah di Taman Ria di sini malam ini.

Pengumuman itu dibuat di saat akhir oleh Ahli Parlimen Alor Setar merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden sambil memberitahu arahan itu dikeluarkan oleh Pas Pusat yang bermesyuarat pagi tadi.



“Saya tidak dapat maklumat lengkap kenapa beliau tidak dapat hadir malam ini.

“Saya dimaklum oleh penganjur yang berhubung dengan beliau dimaklumkan saat-saat akhir beliau (Sanusi) tidak dapat datang dan dia diminta untuk tidak hadir mungkin atas faktor keselamatan.

“Saya rasa arahan itu oleh pimpinan Pas di peringkat pusat, sebab pagi tadi berlangsung mesyuarat parti peringkat pusat di Kuala Lumpur.

“Beliau (Sanusi) ada di Kuala Lumpur dan mungkin lanjutan itulah dinasihatkan tidak hadir ceramah.



“Untuk malam ini beliau tak hadir dan untuk lepas ini saya tak pasti, harap dia boleh tampil diri ke public dan harap tak ada ancaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ditemui media selepas program itu berakhir.

Sementara itu sebelum menamatkan ucapannya, Afnan Hamimi memberitahu beliau baru sahaja mendapat satu berita yang menyedihkan.

“Pagi tadi menteri besar kita bermesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting (Pas Pusat). Dalam mesyuarat dibincangkan perkara besar.



“Oleh itu dinasihat beliau tidak meneruskan ceramah beliau pada malam ini kerana perangkap-perangkap yang sedang dipadang oleh musuh dan jika kita masuk perangkap itu akan dipegang (tangkap) dan buat sesuatu yang tak disangka.

“Jadi kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sehari dua ini akan berlaku benda yang dahsyat dan bersedia jaga kubu dan kemenangan nanti Tuhan yang bagi,” katanya. MG

Drama isu keselamatan terbaru dari PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker