Ordinan Darurat: Peguam Negara perlu hadir sidang khas parlimen

Ordinan Darurat: Peguam Negara perlu hadir sidang khas parlimen. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said mencadangkan agar Peguam Negara (AG) Idrus Harun hadir ketika sidang khas Parlimen akhir bulan ini.

Azalina berkata, kehadiran Idrus perlu agar dia boleh menjawab sebarang soalan berkenaan ordinan-ordinan yang diwartakan sepanjang penguatkuasaan darurat.

Katanya, Idrus bertanggungjawab untuk berbuat demikian dengan mengambil kira peranannya sebagai penasihat perundangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet.

“Secara idealnya, AG perlu turut sertai dalam sidang khas nanti. Ahli-ahli parlimen ada soalan yang belum terjawab.

“AG bukan saja penasihat perundangan kepada jemaah menteri tetapi juga penasihat kepada Agong yang, bersama-sama Dewan Rakyat dan Dewan Negara, membentuk Parlimen.

“Pada masa ini, mengikut undang-undang AG tidak perlu menjawab secara langsung kepada Parlimen. Maka siapa yang akan mengabsahkan rasional ordinan-ordinan yang diisytiharkan ketika darurat?

“Untuk memadamkan keraguan terhadap risiko konflik kepentingan dalam tindakan AG, mana-mana AG perlu diberi hak untuk didengar sendiri di parlimen dan bukannya melalui pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina yang merupakan bekas menteri undang-undang membangkitkan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan berhubung peranan AG untuk menasihati Agong, Kabinet atau mana-mana menteri dalam soal perundangan.

Selain itu, dia juga menggesa agar lebih banyak jawatankuasa terpilih parlimen untuk diwujudkan dan diberi dana.

Katanya, ia bagi menangani keraguan orang ramai berkenaan keberkesanan sidang khas selama lima hari itu.

Dia juga menggesa kerajaan untuk membebaskan parlimen daripada kawalan eksekutif menerusi Akta Perkhidmatan Parlimen.

Sidang khas ini akan berlangsung pada 26 Julai hingga 2 Ogos, disusuli dengan sesi penuh yang bermula pada 6 September ini.

Ordinan Darurat: Peguam Negara perlu hadir sidang khas parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahidan ingatkan Zahid, UMNO menang besar jika kerjasama dengan PN

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker