Filem ‘Babi’, Penerbit mengaku tidak bersalah

Sebaran :

Filem ‘Babi’, Penerbit mengaku tidak bersalah. Seorang penerbit tempatan yang dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, memohon dibicarakan atas tuduhan menerbitkan filem “Babi” tanpa kebenaran.

Toh Han Boon berdepan tuduhan mengikut Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

Dia didakwa terbabit dalam penerbitan filem dan mempamerkan poster itu tanpa kebenaran Finas tahun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh yang berusia 35 tahun itu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu kes itu selesai.

Bagaimanapun, peguam Haijan Omar yang mewakili tertuduh membantah syarat jaminan terbabit dengan alasan ia adalah tidak munasabah.

Katanya, kes itu bukanlah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan.

Iskandar turut menetapkan kes disebut semula pada 14 Oktober nanti.

Toh turut diwakili Edly Mohammad Firdaus.

Terdahulu, Pemuda Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis terhadap pengarah filem, Namewee mengenai poster filem terbaru yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Mereka berkata, ia dibimbangi akan menyebabkan berlakunya ketegangan antara kaum.

Filem “Babi” adalah menceritakan kisah buli di sekolah yang menerima empat pencalonan di empat festival filem antarabangsa.

Filem ‘Babi’, Penerbit mengaku tidak bersalah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahidan ingatkan Zahid, UMNO menang besar jika kerjasama dengan PN

 


Sebaran :

Leave a Reply