Pemandu teksi rempuh 3 kenderaan
Pemandu teksi rempuh 3 kenderaan, disyaki berang dipotong barisan
KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi Airport Limo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merempuh tiga kenderaan lain kerana disyaki berang selepas dipotong barisan ketika menunggu pelanggan.
Kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Dalam rakaman video hampir seminit itu, orang ramai termasuk pemandu teksi di tempat kejadian hanya mampu melihat tindakan lelaki berusia lingkungan 60-an terbabit yang dikatakan mengamuk.
Klip video itu kemudian tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung punca sebenarnya.
Ada yang cuba mengaitkan kes itu dengan hilang pertimbangan akibat kesan penularan Covid-19 yang menjejaskan kehidupan sebahagian masyarakat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut. FMT
Pemandu teksi rempuh 3 kenderaan
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli