Lelaki parah terjun bangunan selepas ceroboh kediaman guru

Lelaki parah terjun bangunan selepas ceroboh kediaman guru

LABUAN: Seorang lelaki yang dipercayai menceroboh bangunan kediaman guru di SK Pekan 1 parah selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Ahmad Jawila, berkata kejadian berlaku pada 2.20 petang apabila suspek dipercayai menceroboh kediaman salah seorang guru di situ.

Katanya, polis menerima laporan 4.50 petang daripada pengadu yang juga seorang penjawat awam memaklumkan dia diberitahu kediaman guru di SK Pekan 1, diceroboh oleh orang tidak dikenali

“Siasatan mendapati, pengadu bersama dua rakannya ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut dan semasa berada di tingkat tiga, pengadu mendapati ada sesuatu yang mencurigakan di sebalik tandas yang tertutup lalu menolak pintu tandas terbabit.

“Suspek yang dipercayai sedang bersembunyi dalam tandas itu terkejut lalu memanjat tingkap tandas dan keluar ke beranda luar melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan,” katanya ketika dihubungi.

Jawila berkata, suspek kemudian ditemui di tingkat bawah bangunan itu dengan kecederaan di kepala, patah tulang di bahagian tangan kiri serta luka di bahagian kiri pinggang.

Bagaimanapun katanya, suspek kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

“Polis yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan dan menjumpai sebuah beg serta alat berupa ‘kuku kambing’.

“Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun serta tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. FMT

Lelaki parah terjun bangunan selepas ceroboh kediaman guru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker