Jangkitan serius Covid-19 meningkat dalam kalangan orang muda



Jangkitan serius Covid-19 meningkat dalam kalangan orang muda

Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan jumlah warga emas yang dimasukkan ke hospital akibat kes serius jangkitan Covid-19 berkurangan, tetapi trend meningkat dalam kalangan orang muda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data Hospital Sungai Buloh menunjukkan penurunan ketara jangkitan serius (kes dalam Kategori 4 dan 5) dalam kalangan warga emas.

Katanya, jangkitan serius dalam kalangan petugas kesihatan juga berkurangan, menunjukkan keberkesanan vaksin.

Bagaimanapun, carta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM menunjukkan peningkatan jumlah jangkitan serius dalam Kategori 4 dan 5 dalam kalangan individu berusia 20 hingga 39 tahun.




Carta itu turut menunjukkan mereka yang berusia 40 hingga 59 tahun menyumbang sebahagian besar kes jangkitan serius.

Carta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan menunjukkan peningkatan jumlah jangkitan serius dalam Kategori 4 dan 5 dalam kalangan orang muda berusia 20 hingga 39 tahun.
Dalam komen di Twitter, CPRC berkata, trend peningkatan dalam kalangan orang muda dikaitkan dengan kadar vaksinasi lebih rendah untuk kumpulan itu.

Kategori 5 terdiri daripada kes kritikal, dengan pesakit memerlukan bantuan pernafasan, manakala Kategori 4 ialah kes serius dengan pesakit memerlukan oksigen tambahan.

Hisham berkata, trend penurunan dalam kalangan warga emas sejajar permulaan fasa dua program vaksinasi pada April lalu yang mula menunjukkan hasil mulai Jun.

Katanya, terdapat 171 kes serius dalam kalangan 10,972 jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini.




Terdapat 26 kes dalam Kategori 5, 42 kes dalam Kategori 4 dan 103 kes dalam Kategori 3 (mereka yang menghidap radang paru-paru). Bakinya berjumlah 98% daripada kes hari ini bergejala ringan atau tidak bergejala.

Beliau berkata, semua orang tua di Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mempunyai janji temu vaksinasi boleh terus ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan mereka.

Hisham berkata, terdapat 3,465 jangkitan Covid-19 dalam kalangan 245,983 petugas kesihatan yang lengkap dua dos vaksin.

Bagaimanapun, hanya tiga (0.1%) dalam Kategori 3 dan tiga (0.1%) dalam Kategori 4.

“Tiada kes dalam Kategori 5,” katanya sambil menambah majoritinya ialah pesakit Kategori 1 dan 2.




“Vaksin menyelamatkan nyawa dan kita boleh belajar hidup di sisi Covid-19.” FMT

Jangkitan serius Covid-19 meningkat dalam kalangan orang muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Leave a Reply

Your email address will not be published.