Abang trafik dukung warga emas pengsan

Abang trafik dukung warga emas pengsan tarik perhatian

SEREMBAN – Bukan hanya membantu mengangkat seorang warga emas yang pengsan di tengah jalan, malah sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sanggup membelikan makanan serta menghantar lelaki itu pulang ke rumah.

Gambar tindakan murni anggota trafik berusia 24 tahun mengangkat warga emas yang pengsan menjadi tular di media sosial sejak semalam dan mendapat komen positif netizen.



Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 11 pagi kelmarin ketika anggota BSPT Seremban itu sedang membuat rondaan penguatkuasaan di sekitar pusat bandar.

“Pasukan yang dianggotai Sarjan Omar Mohd. bersama Koperal Jamsari Sakirin, Lans Koperal Amir Hamzah Nasrudin dan Lans Koperal Muhammad Akmal Hakim Apandi telah ternampak warga emas itu terjatuh di tengah jalan kerana pening dan pitam semasa hendak melintas Jalan Sungai Ujong.

“Tanpa melengahkan masa, anggota bertugas telah memberhentikan kenderaan dan membantunya. Akmal telah mengangkat mangsa berusia 75 tahun dan membawanya ke tepi jalan untuk berteduh,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau, petugas turut membelikan makanan sebelum menghantarnya pulang ke rumah anaknya di Taman Sri Pulai 3, Sikamat dekat sini.



“Tindakan pasukan berkenaan perlu dicontohi dan menjadi antara komponen terpenting dalam membuktikan polis dan masyarakat berpisah tiada,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Abang trafik dukung warga emas pengsan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Related Articles

One Comment

  1. Warga mas tersebut berkemungkinan pengsan deisebabkan oleh heat stroke kerana Seremban dalam satu minggu ini mengalami cuaca cukup panas. Minta pihak berwajib memberi amaran kepada orang ramai yang ingin keluar rumah untuk apa2 tujuan, membawa bekalan air dan payung, terutama di tempat2 lapang.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker