Pelawak Veteran Sathia Dalam Keadaan Sihat, Cukup Makan Dan Bergantung Wang KWSP
Pelawak Veteran Sathia Dalam Keadaan Sihat, Cukup Makan Dan Bergantung Wang KWSP
Sudah sekian lama kita tidak mendengar khabar daripada Sathia. Pelakon dan pelawak popular berusia 57 tahun itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini itu mengakui dirinya berada dalam keadaan baik, sihat dan cukup makan, walaupun sudah tiga bulan tidak mempunyai sebarang pendapatan.
Sathia yang dihubungi turut memaklumkan sudah tiga bulan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan yang dikeluarkan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Saya okay saja. Semuanya cukup kerana kehidupan saya pun ringkas saja. Rumah dan segala aset lain sudah habis dibayar, cuma kena bayar bil tertentu saja.
“Tidak mengapalah terpaksa duduk rumah sekarang. Saya cuma mahu patuh arahan kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga. Jadi, lebih baik diam dan akur saja buat masa sekarang,” katanya.
Sathia yang popular dengan watak Ravi dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu bagaimanapun mengakui rindu kembali bekerja dan berharap dapat kembali menjana pendapatan dalam masa terdekat.-HM
Pelawak Veteran Sathia Dalam Keadaan Sihat, Cukup Makan Dan Bergantung Wang KWSP
Baca Artikel Menarik :
- Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery
- Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?
- Najib bela Ebit Liew
- Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat
- Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu
- Resepi Biskut Arab 3 Warna
“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain