Caprice jangan jadi pemusnah hubungan diplomatik – Armada PPBM

Caprice jangan jadi pemusnah hubungan diplomatik – Armada PPBM

Tindakan penyanyi rap, Caprice yang mempertikaikan tindakan Ustaz Ebit Lew ketika berada di Gaza membimbangkan dan boleh mecemar nama baik negara.

Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA Malaysia, Muhammad Farhan Abdul Rahim berkata, hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Palestin merupakan sesuatu yang sangat dibenci Israel tetapi merupakan satu kebanggaan bagi dunia Islam.

“Hubungan yang baik ini jugalah yang telah membantu kerajaan Malaysia menghantar bantuan kepada Palestin selama ni serta menjadi pengantara bagi Palestin dan kuasa besar dunia.

“Apabila Caprice menyatakan terdapat beberapa perkara yang bakal didedahkan mengenai keadaan di Gaza, perkara tentang Ustaz Ebit Lew serta tentang kerajaan Malaysia pada 21 Julai ini, ia sesuatu yang tidak baik buat kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Mesir dan Jordan merupakan negara Islam yang membenarkan laluan ke Palestin melalui negara mereka dan hubungan diplomatik yang baik dengan Mesir amat diperlukan bagi mempermudah urusan bantuan kemanusiaan ke Palestin.

“Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah berusaha bertahun-tahun bagi mencapai hubungan diplomatik tertinggi dengan negara-negara tersebut.

“Pendedahan oleh Caprice yang tidak tahu kesahihannya dan bersifat populis ini jelas sekali menimbulkan pelbagai spekulasi tidak baik terhadap negara serta menyebabkan kegusaran rakyat Malaysia mahupun penduduk Gaza.

“Kesilapan seorang dalam mengeluarkan kenyataan di negara luar boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul khususnya daripada segi keselamatan rakyat Malaysia yang berada di negara-negara tersebut,” katanya lagi.

Pihaknya berharap Caprice dapat mengelak daripada menjadi pemusnah hubungan diplomatik dan membuat keterangan dengan pihak berkenaan apabila pulang ke tanah air.

“Janganlah perkara ini tidak dibesarkan dan beharap rakyat Malaysia tidak membuat sebarang spekulasi dan fokus bersama kerajaan dalam menangani pendemik Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew berkenaan foto yang diambil ketika memberikan hadiah kepada kanak-kanak di Gaza dilihat seolah-olah seperti sesi fotografi.

Teguran itu dibuat selepas Caprice menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza hanya sebagai bahan kandungan di media sosial.

Susulan tegurannya itu, Ebit Lew telah menyekat akaun Instagram milik Caprice yang difahamkan berpunca daripada kontroversi tersebut.

Caprice yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin sejak 21 Jun lalu masih berada di Kaherah, Mesir. MG

Caprice jangan jadi pemusnah hubungan diplomatik – Armada PPBM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker