153 kematian Covid-19 dilaporkan, rekod tertinggi

153 kematian Covid-19 dilaporkan, rekod tertinggi

Kementerian Kesihatan melaporkan 153 kes kematian terbaharu, tertinggi yang direkodkan sejak wabak itu dikesan di negara ini tahun lalu sekali gus menyaksikan angka korban Covid-19 melepasi paras 7,000.

Pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula seramai 909 dengan 445 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.



Sebelum ini angka kematian tertinggi dilaporkan pada semalam iaitu 138 kes.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka akan menutup sementara Zon Hijau di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka bermula esok berikutan kesesakan di jabatan itu susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Rahmad Mariman berkata perkhidmatan zon hijau hospital itu akan dipindahkan ke Klinik Kesihatan (KK) Peringgit yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari situ dengan waktu operasi perkhidmatan dipanjangkan kepada 24 jam.

“Kesesakan kerana peningkatan kes rawatan Covid-19 itu menyebabkan ketidakselesaan serta kelewatan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan dan tidak kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



153 kematian Covid-19 dilaporkan, rekod tertinggi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker