PLUS, LPT lengang akibat larangan balik kampung

PLUS, LPT lengang, akibat larangan balik kampung

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik lengang di Lebuh Raya menghala Pantai Timur setakat pukul 1.20 tengah hari tadi.

Jalan raya kelihatan lengang di kedua-dua arah KLK@E8 dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2



LLM melalui Twitternya turut memaklumkan keadaan trafik turut lengang di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di kedua-dua arah di Terowong Menora, Seremban, Slim River dan Pagoh setakat pukul 1.14 tengah hari tadi.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.
K Online

Orang ramai dinasihatkan untuk terus bersabar untuk merentas daerah dan negeri, lebih-lebih lagi untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha sekurang-kurangnya sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober atau November nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh itu tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh lebih setahun sejak tercetusnya pendemik Covid-19 di negera ini.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

PLUS, LPT lengang, akibat larangan balik kampung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker