Harga barang binaan naik hingga 80 peratus

Harga barang binaan naik hingga 80 peratus – Pemaju IBS

Isu kenaikan harga barang binaan termasuk besi, simen dan pasir sehingga mencecah 40 ke 80 peratus daripada harga asal memerlukan tindakan segera mengatasinya.

Ia perlu sebagai langkah mengelak kumpulan kontraktor di negara ini menanggung kerugian lebih besar.



Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak tahun 2016 turut terkesan dengan situasi tersebut dan memohon pihak berkuasa mencari jalan menanganinya.

“Kenaikan harga barang binaan berlaku sejak awal tahun ini secara mendadak menyebabkan kami pemain sektor pembinaan seolah-olah semakin hilang upaya dan menanggung beban. Ini disebabkan tidak ada pilihan kerana kontrak yang ditandatangani oleh sesetengah pembeli rumah dibuat sebelum kenaikan harga.

“Justeru masalah ini mohon diberi perhatian dan tindakan kerana belum nampak tanda-tanda akan pulih sebaliknya terdapat harga barangan yang melambung sehingga mencecah 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Promosi Merdeka menerusi Kempen Pemilikan Banglo IBS 2021 (BIOC 2021) melalui dalam talian semalam.



Kempen itu bermula pada 15 Julai lalu hingga 30 September ini.

Menurut Muhamad Khanafi, walaupun berhadapan dengan situasi sukar, pihaknya tetap meneruskan promosi kerana telah dirancang sejak awal tahun dan mengumumkan kepada orang ramai.

Pihaknya juga akur kenaikan harga barang binaan bercampur pula dengan situasi pandemik Covid-19 menimbulkan kesulitan kepada perkembangan syarikat namun percaya terdapat satu kelompok masyarakat yang mempunyai kekuatan kewangan untuk membina kediaman.

“Agak sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya. Walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dikuatkuasakan di seluruh negara namun melalui dua kempen promosi awal tahun dan hari raya yang lalu telah membuktikan ada pihak yang menabung daripada awal membina banglo kerana kami berjaya mencapai RM8.2 juta nilai jualan.



“Jika digabungkan dengan sasaran kempen promosi merdeka yang dilancarkan hari ini iaitu sebanyak 15 unit banglo dengan nilai RM2.5 juta , jumlahnya adalah RM10.7 juta. Angka ini sudah melebihi sasaran keseluruhan hingga akhir tahun sebanyak RM10 juta yang masih berbaki lima bulan,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran memberitahu, sebagai menghargai pelanggan pihaknya menyediakan hadiah iringan sepanjang promosi malah pada tarikh istimewa 8.8. 2021 dan 9. 9. 2021 akan diadakan kejutan berganda.

“Bagi melengkapkan kediaman, kami berikan set kabiner dapur melamin sepanjang lapan kaki, disamping kornis syiling di bahagian ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga.

“Kami kekalkan pemberian lampu dan kipas setiap ruang seperti promosi sebelumnya , vakum tanpa wayar, televisyen LED 43 inci, perjanjian pembinaan secara percuma juga perlindungan takaful rumah dan perabot untuk tempoh satu tahun.



“Bagaimana pun semua hadiah ini hanya tertakluk kepada lima rekaan yang ditawarkan sepanjang promosi. Antaranya Ria Indah, Azalea, Sakura, Melati dan Orchid dengan harga serendah RM125,000 hingga RM267,000.

Pada majlis sama Al Ansar IBS PLT turut melancarkan Banglo IBS Hybrid Premium IBS (BIHP) untuk pelanggan yang berminat membina banglo berharga RM1 juta ke atas di atas tanah seluas melebihi 4,000 kaki persegi.

Farizal berkata, kempen BIHP yang bermula pada 15 Julai lalu sehingga 31 Disember ini menyasarkan tiga unit baglo mewah dan berprestij. MG

Harga barang binaan naik hingga 80 peratus




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker