Dua anggota Dadali meninggal dunia kerana Covid-19

Dua anggota Dadali meninggal dunia kerana Covid-19 dalam tempoh seminggu

Jakarta: Selepas pemain gitarnya, Yuda, kumpulan Dadali kehilangan seorang lagi anggota apabila pemain keyboard, Rixx meninggal dunia akibat Covid-19, kelmarin.

Yuda meninggal dunia pada 7 Julai lalu selepas mengalami sesak nafas dan sakit di saluran pencernaan.

Bagaimanapun, ujian yang dilakukan terhadap jenazah Yuda mendapati dia negatif Covid-19.

Rixx dikhabarkan sedang menjalani kuarantin di rumah selepas positif virus terbabit.

Bagaimanapun dia kemudian disahkan meninggal dunia kelmarin oleh wakil pengurusan Ascada Musik.

“Betul, Rixx sudah tiada. Dia menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi (waktu tempatan) kerana jangkitan Covid-19,” kata jurucakap dikenali sebagai Sakti itu.

Sakti berkata, Rixx hanya mengalami gejala ringan, namun keadaan kesihatannya semakin teruk selepas mengetahui Yuda meninggal dunia.

Bagaimanapun, usaha untuk menempatkan Rixx di hospital tidak berjaya kerana wad menempatkan pesakit Covid-19 sudah penuh.

“Akhirnya, Rixx dimasukkan ke hospital di Bogor. Namun, dia hanya ditempatkan di unit kecemasan kerana semua bilik sudah dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Dadali, Dyrga menerusi Instagram mengucapkan salam perpisahan buat sahabatnya.

Dadali yang berasal dari Bogor cukup popular di Malaysia menerusi lagu Di Saat Aku Mencintaimu, Disaat Aku Tersakiti, Disaat Aku Pergi dan Disaat Patah Hati.

Selain Rixx, Yuda dan Dyrga, Dadali turut dianggotai Fadel (bass) dan Oq (dram). HM

Dua anggota Dadali meninggal dunia kerana Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker