“Sayang…Tolong Jangan Tinggalkan Saya” – Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah [VIDEO]

“Sayang…Tolong Jangan Tinggalkan saya” – Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah [VIDEO]

PELAKON Datin Rebecca Nur Al-Islam melalui detik cemas apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah mengalami sesak nafas pada Selasa.

Menceritakan lebih lanjut Rebecca berkata, dia menghubungi ambulans bagi membawa suaminya itu mendapatkan rawatan, namun malangnya semua hospital swasta penuh dan tidak dapat menerima pesakit Covid-19.

“Tengah hari semalam suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4 Covid-19. Kadar oksigen suami berada dalam keadaan rendah.

“Saya jadi takut dan panik dengan anak lagi. Jadi adik-beradik suami tolong telefon ambulans dan cuba dapatkan katil di hospital swasta.

“Saya teman suami naik ambulans, tinggalkan sekejap anak-anak. Ketika itu saya masih hubungi mana-mana hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tapi jawapan semua menghampakan, ” katanya sambil menangis menerusi sesi Instagram live pada Rabu.

Tambah Rebecca, selepas menunggu hampir seharian akhirnya dia dihubungi sebuah pusat perubatan yang memberitahu terdapat kekosongan untuk rawatan pesakit Covid-19.

Rebecca, 35, menjelaskan tindakannya menghantar suami ke hospital swasta adalah kerana memahami fasiliti kerajaan kini kritikal dalam menguruskan pesakit Covid-19.

“Bukan saya kata hospital kerajaan atau Maeps tak bagus, saya tak cakap begitu… tapi saya takut tengok keadaan di sana lagi worst. Apa yang boleh saya usahakan, saya usahakan untuk suami dapat rawatan di hospital swasta.

“Saya tak sampai hati tengok suami menangis. Dia kata pada saya… sayang tolong jangan tinggalkan saya. Tapi saya sedih tak dapat temani dia ketika ini.

“Saya minta anda semua doakan untuk suami, anak-anak serta pembantu rumah saya juga, ” kata Rebecca yang turut disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Rebecca turut meminta agar kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ memandangkan keadaan negara yang semakin teruk.

“Anda (kerajaan) kena (buat) total lockdown! Apa yang saya cakap anda kena dengar… tolonglah.

“Walaupun kerugian besar untuk negara tetapi kita bercerita fasal nyawa sebab saya dah kena dalam situasi ini saya jadi fobia.

“Badan kami satu keluarga macam kena hempap dengan pokok, sakit sangat-sangat. Batuk, sakit dada, ada yang kena cirit-birit. Ya Allah, semoga Allah tarik sakit kita dan lindungi kita semua, ” katanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19 pada Khamis.

Selain suami, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.-mSTAR

“Sayang…Tolong Jangan Tinggalkan saya” – Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keluarga Rebecca Nur Islam positif Covid-19

Kerajaan perlu jawab dakwaan serius frontliners

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker