Perut terburai ditanduk lembu sado
Perut terburai ditanduk lembu sado
Lelaki terselamat dari maut, walaupun perut terburai ditanduk lembu
ALOR SETAR: Hasrat murni seorang lelaki membantu rakannya yang juga penternak, merawat seekor lembu sado yang cedera di kaki, bertukar tragedi apabila mangsa itu ditanduk ternakan itu hingga terburai perut, semalam.
Ibarat pepatah berpantang maut sebelum ajal, nasib baik nyata menyebelahi mangsa dikenali sebagai Hakim, 50, itu yang kini stabil dalam rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kejadian berlaku jam 8 pagi ketika mangsa ke ladang lembu berkenaan di Kampung Chakadong, Bukit Tembaga, Pokok Sena di sini untuk membantu pemiliknya.
Pemilik ladang lembu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30-an, berkata lembu sado peliharaannya seberat lebih satu tan itu, mengalami kecederaan di kaki.
Beliau berkata, dia amat terkejut melihat tindakan agresif lembu berkenaan.
“Selama ini hakim sering datang ke ladang untuk membantu saya menjaga lembu di sini. Semalam, lembu berkenaan bertindak agresif mungkin kerana tidak sihat.
“Namun sepanjang saya menternak lembu di sini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya ketika di temui di ladangnya hari ini.
Mat berkata, lembu sado baka ‘blonde’ itu baru berusia dua tahun lebih dan ketika kejadian ia bertindak menanduk Hakim sebanyak tiga kali ketika mereka sedang merawat kakinya sebelum berjaya ditenangkan.
Katanya, sejurus selepas kejadian itu, dia terus membawa Hakim ke Hospital Al Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
“Keadaan Hakim juga kini stabil sekarang,” katanya. BH
Perut terburai ditanduk lembu sado
Baca Artikel Menarik :
- Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai
- Lakukan Gencatan Politik, Tumpu Kepada Rakyat – TMJ
- Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin
- Musang king dah kena tebang, ‘rasuah king’ bila lagi?
- Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza
- Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
You must be logged in to post a comment.