Dua dos vaksin bukan makna kita sudah kebal
Dua dos vaksin bukan makna kita sudah kebal. Rakyat Malaysia yang sudah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin Covid-19 perlu kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat selagi negara masih belum mencapai sasaran imuniti kelompok.
Pentadbir Pengurusan Kesihatan, Dr Khoo Yoong Khean berkata, mereka yang sudah lengkap menerima vaksin masih terdedah dengan jangkitan Covid-19 meskipun kesannya tidak seteruk mereka yang tidak divaksin.
“Kita mesti ingat, bilangan kes di Malaysia masih tinggi dan ada kemungkinan yang telah divaksin boleh dijangkiti Covid-19 walaupun komplikasi yang dialami tidak begitu teruk,” katanya yang juga Pengarang Urusan The Malaysian Medical Gazette kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan terhadap kumpulan tersebut, namun SOP seperti pemakaian pelitup muka, kebersihan diri dan mengelakkan diri daripada berada di tempat sesak tetap diteruskan.
Katanya, pelaksanaan langkah tersebut bagaimanapun perlu terlebih dahulu mengambil kira tahap imuniti kelompok, kapasiti hospital dan kadar penularan Covid-19 di dalam negara.
“Pada pendapat saya, tidak salah untuk melonggarkan garis panduan bagi mereka yang sudah divaksin seperti membenarkan aktiviti rentas sempadan.
“Tapi langkah itu akan lebih selamat untuk dilakukan hanya selepas bilangan kes mula menurun, jangkitan lebih terkawal dan beban atas kapasiti sistem kesihatan tidak begitu tinggi,” ujar beliau.
Dr Yoong Khean turut menegaskan bahawa antara sebab utama pengambilan vaksin adalah untuk mengurangkan komplikasi Covid-19 dan risiko kematian sekiranya seseorang itu dijangkiti wabak tersebut.
Sementara itu, Pakar Kesihatan dan Perubatan, Profesor Dr Adlina Suleiman juga mengingatkan masyarakat bahawa perlindungan antibodi oleh individu yang divaksin hanya mencapai tahap tinggi dalam tempoh sebulan ke sebulan setengah selepas diberikan dos kedua.
Beliau yang juga Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan, Akademi Profesor Malaysia berkata, langkah berjaga-jaga perlu diteruskan dengan mengambil kira kehadiran varian baharu yang memberi ancaman jangkitan termasuk kepada mereka yang sudah divaksinasi.
“Jadi SOP itu sentiasa kena ada sampai kita betul-betul pasti tidak ada penularan dalam komuniti dan negara mencapai sasaran imuniti kelompok,” ujar beliau.
Dua dos vaksin bukan makna kita sudah kebal
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’