Lelaki miang minta saiz coli Mafarikha

Lelaki miang minta saiz coli Mafarikha

Dunia boleh jadi satu tempat yang menyesakkan terutama buat golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa lelaki ‘pervert’ atau lebih tepat lagi si penyamar yang miang.

Situasi tersebut dikongsikan penyanyi Mafarikha yang mengingatkan orang ramai terutama golongan wanita agar berwaspada dengan pemilik Instagram yang menyamar atas tujuan memperdayakan mangsa.

Katanya, penyamaran sebagai wanita adalah taktik utama untuk mendekati pengguna media sosial wanita demi melempiaskan nafsu pelik mereka.

Mafarikha atau nama lengkapnya, Mafarikha Akhir memberitahu yang dia pernah dihubungi pemilik akaun bernama ‘Fara Aniza’. Tidak menyangka perbualan mereka berakhir dengan permintaan saiz pakaian dalamnya.

“Tolong berwaspada dengan pervert ‘si pemutar belit’ konon-konon berlakon jadi perempuan ini ya. Done block!” tulisnya beserta tangkap layar perbualannya bersama individu berkenaan.

Jelas pelantun lagu Kabut Serangkai Mawar itu, pada mulanya individu berkenaan memperkenalkan diri sambil cuba untuk bersembang dengannya sebelum dia diumpan dengan pelawaan untuk ke butik pakaian dalamnya yang akan dibuka di Wangsa Maju.

Lebih meragukan dan mengejutkan apabila individu berkenaan meminta saiz dan jenama baju dalam yang dipakainya.

“Tolong berwaspada, bukan dalam Instagram sahaja dia buat dan bukan ini sahaja yang dia target.

“Ada yang minta gambar kaki dan gambar budak-budak sebab dia cakap jual baju budak. Jika tertanya-tanya kenapa orang yang ada begini, kerana mereka ada fetish terhadap benda begini. Jelik tapi benar,” katanya. K Online

Lelaki miang minta saiz coli Mafarikha


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker