Kerajaan perlu kurangkan tekanan rakyat

Kerajaan perlu kurangkan tekanan rakyat. Pakar sosial berpendapat bahawa kelonggaran sekatan pergerakan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dapat mengembalikan semula keceriaan kepada rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kelonggaran sekatan pergerakan itu mungkin boleh merangkumi rentas negeri, menjalankan sektor ekonomi dan sosial seperti riadah di luar rumah.

Menurutnya, kelonggaran tersebut secara tidak langsung dapat memberikan motivasi kepada mereka yang masih belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Rakyat sudah terlalu lama berhadapan dengan sekatan pergerakan yang terhad. Bukan sekadar tak boleh merentas negeri tetapi nak melaksanakan aktiviti sosial pun tidak boleh.

“Ini menyebabkan emosi mereka terganggu. Dengan melakukan kelonggaran seperti ini kepada penerima dua dos vaksin Covid-19, sudah tentu dapat meredakan tekanan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, satu garis panduan kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 akan dibentangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Menurut beliau, taklimat daripada pakar kesihatan berhubung pengendalian serta faedah vaksin telah pun diberikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKAV) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, jika kelonggaran diberikan, rakyat perlu memberikan perhatian serius kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Kita tidak mahu jadi seperti negara India, Australia dan Jerman. Bila bebas, mereka buat sebebas-bebasnya menyebabkan Covid-19 muncul kembali.

“Jadi, kita nak kelonggaran yang diberikan ini untuk kelangsungan hidup supaya kita boleh meneruskan aktiviti malah dapat membantu negara meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi seperti sediakala,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Pekerjaan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mohd Awang Idris berkata, kerajaan perlu mengambil kira semua faktor sebelum memberikan kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin Covid-19.

“Kita mesti ada satu medium pengesanan (trackers). Maksudnya, satu medium untuk memastikan bahawa mereka yang melengkapkan dua dos ini mempunyai satu identiti khusus.

“Ini penting supaya tidak ada mana-mana individu mengambil kesempatan seperti menyamar dengan mengatakan bahawa mereka sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, tetapi sebenarnya belum vaksin,” ujar beliau.

Kerajaan perlu kurangkan tekanan rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tajuddin is Back’, Ingatkan kesilapan keputusan strategik UMNO [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker