‘Tajuddin is Back’, Ingatkan kesilapan keputusan strategik UMNO [VIDEO]

‘Tajuddin is Back’, Ingatkan kesilapan keputusan strategik UMNO. Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan banyak kesilapan dibuat oleh kepimpinan Umno pada masa lalu dalam kerjasama strategiknya.

Perkara itu dinyatakan menerusi rakaman audio ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung baru-baru ini.

Audio berkenaan disahkan sebagai tulen oleh sumber dalaman Umno, manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut berkongsi rakaman itu pada hantaran di Facebooknya.

“Banyak keputusan yang kita buat yang lepas semuanya silap. Masuk PN (Perikatan Nasional), silap. Muafakat Nasional (MN) kita tubuhkan, kita tak jaga baik-baik, silap.

“Kita nak bekerjasama dengan Anwar pun silap, ‘so many things’ silap,” kata Tajuddin ketika mesyuarat itu.

Tajuddin berkata, dia tidak boleh menerima keputusan Umno untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) pada masa yang tidak sesuai kerana akan merosakkan parti.

“Jangan keputusan kita nanti mewujudkan kehancuran kepada Umno,” katanya.

Mesyuarat MT Umno sebelum ini membuat ketetapan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta Muhyiddin supaya berundur secara terhormat kerana telah kehilangan sokongan.

Sebelum ini, Umno dikaitkan dengan spekulasi kerjasama parti itu dengan Anwar bagi membentuk kerajaan baru.

Bahkan Anwar pernah mengesahkan bahawa dia mendapat sokongan majoriti bagi menerajui kerajaan.

Annuar juga sebelum ini mendedahkan surat sokongan Umno terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri yang ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Malah, spekulasi kerjasama dua parti itu diperkukuhkan lagi setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Zahid.

Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-duanya menafikan ketulenan video berkenaan namun setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mereka.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno itu, Umno membuat keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Anwar, DAP dan Bersatu.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata keputusan Umno kali ini untuk menarik sokongan daripada PN akan menghancurkan parti itu.

“Kali ini bahananya kehancuran bagi Umno, jadi saya harus bercakap secara terbuka.

“Kalau nak marah, marahlah saya ulang dengan tegas iaitu keputusan untuk membawa kita keluar (PN) sekarang akan membawa masalah.

“Minta maaf Datuk Seri presiden saya tegaskan sekali, tiada (soal) peribadi di sini. Saya sokong anda, bekerja kuat untuk anda, tapi untuk kali ini saya mohon berbeza dengan anda,” kata Tajuddin.

‘Tajuddin is Back’, Ingatkan kesilapan keputusan strategik UMNO 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker