Muhyiddin perlu bawa sendiri usul percaya

Muhyiddin perlu bawa sendiri usul percaya

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan agar segera membawa usul undi percaya terhadap berliau sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang akan dibuka pada 26 Julai depan.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ia ekoran penarikan balik sokongan oleh UMNO pada minggu lalu yang menampakkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah kehilangan majoriti.

“Undi kepercayaan ini memang sewajarnya datang daripada PM melalui usul kerajaan kerana ini bukan masalah politiking tapi masalah mandat kerajaan untuk menghasilkan keputusan yang berwibawa, mendapatkan kepercayaan daripada rakyat.

“Undi percaya ini seboleh-bolehnya jadi agenda paling awal daripada agenda lain. Mungkin lepas bentang Ordinan Darurat boleh diikuti dengan undi percaya atau dibuat beberapa hari lebih awal,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, usul percaya itu penting buat Muhyiddin untuk meneruskan pemerintahannya dalam kerajaan PN.

“Untuk sebuah kerajaan yang stabil yang diharapkan oleh Majlis Raja-raja maka undi kepercayaan ini penting kerana ia merupakan asas kepada sistem demokrasi berparlimen. Seorang Perdana Menteri untuk kelangsungan mandat dia mesti ada undi percaya, kalau tidak ada akan dipertikaikan.

“Jadi mandat dia (Muhyiddin) untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mewakili rakyat itu tercabar, jadi dalam konteks ini Perdana Menteri juga mesti benarkan undi percaya terhadap beliau,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, UMNO mengumumkan menarik balik sokongannya dengan alasan parti itu mendapati Muhyiddin gagal, terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik Covid-19 dan bantuan kepada rakyat.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik Covid-19 dan bantuan kepada rakyat.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal pagi Khamis lalu.

Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain,
Ditanya samada usul itu akan mendapat sambutan Ahli-ahli Parlimen, Wan Ahmad Fauzi berkata, tidak mustahil usul percaya terhadap Muhyiddin diterima dengan majoriti yang tinggi.

Beliau berpendapat ia berdasarkan kenyataan bekas MKT UMNO, Datuk Lokman Adam bahawa terdapat Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang akan menyelamatkan kedudukan Muhyiddin.

“Belum tentu lagi PM kalah (dalam usul undi percaya PM), sebab kemungkinan PM akan dapat sokongan yang lebih besar.

“Kalau kita lihat daripada media sosial dan kenyataan Datuk Lokman Adam bahawa PM punyai sokongan baharu daripada 30 Ahli Parlimen DAP, Pejuang, Warisan.

“Jadi kalau benar PM sudah mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang maka PM sekarang semakin kukuh kedudukannya dan pentingnya sokongan ini dapat dizahirkan di Parlimen,” katanya lagi.

Lokman sebelum ini mendakwa UMNO mungkin akan ditolak pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) jika Ahli-ahli Parlimen daripada pro PN, Pejuang, Warisan dan 30 Ahli Parlimen DAP menyokong Muhyiddin untuk meluluskan Proklamasi Darurat. MG

Muhyiddin perlu bawa sendiri usul percaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker