Isteri ganti gadis TikTok joget di hadapan suami

Wanita ini menunjukkan skil menarinya yang ditiru daripada video TikTok ditonton suaminya. – TikTok

JAKARTA – Seorang isteri yang berang kerana suaminya kerap menonton kandungan TikTok yang menunjukkan wanita seksi berjoget lantas menunjukkan kemahiran tariannya kepada si suami, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @moon_light1992 itu, seorang lelaki kelihatan sedang berbaring di atas sebuah sofa.

Si isteri yang berang melihat suaminya yang kerap menonton TikTok kemudian  melenggok-lenggokkan tubuhnya dengan penuh semangat sambil diperhatikan suaminya.

“Ni, isteri awak juga boleh (berjoget),” katanya.

Namun, kerana aksi yang dilakukan itu dibuat dengan penuh semangat, si isteri kemudian mengadu sakit pinggang.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Wajah suaminya membuatkan saya ketawa,” komen seorang netizen.

“Benar, lebih baik suami melihat isteri sendiri berbanding video TikTok,” komen netizen lain. – AGENSI

Isteri ganti gadis TikTok joget di hadapan suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker