#PRKMelaka : Dato’ Rauf seorang yang mengamalkan ‘Walk the Talk’

Sebaran :

Oleh Wahida

Sekiranya dikatakan Dato’ Rauf hanya sibuk ke sana dan ke sini, hanya setelah dicalonkan untuk bertanding di Dun Tanjung Bidara, ini tidak benar sekali. Memandangkan kediaman Dato’ Rauf berada di Kampung Pulau Tanjung Bidara dan ahli-ahli keluarganya juga berada di sekeliling, beliau bukan asing kepada penduduk Tanjung Bidara.

Seharusnya Dato’ Rauf bertanding Parlimen Masjid Tanah pada PRU14 lalu tetapi beliau berkorban memberi laluan kepada Mas Ermieyati menggantinya sehingga mencapai kemenangan yang membanggakan. Kelima-lima DUN di Masjid Tanah telah menang.

Sebagai Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, Dato’ Rauf bertanggungjawab membantu Mas Ermie sehingga menang. Maka bukanlah sesuatu yang aneh apabila Dato’ Rauf sering kelihatan di mana-mana bersama-sama penduduk Masjid Tanah amnya dan Tanjung Bidara khususnya.



Rutin setiap harinya sememang berjumpa warga Masjid Tanah dan menyelesaikan masalah mereka walaupun sebelum dicalonkan mewakili Barisan Nasional bertanding di Tanjung Bidara.

Cuma jadual programnya lebih tersusun malahan lebih pada bertemu penduduk ketika berkempen untuk PRN Melaka ini.

Dato’ Rauf bukan sahaja memegang jawatan Ketua Bahagian Masjid Tanah malahan beliau diberi tanggungjawab sebagai Ketua Perhubungan BN/UMNO untuk negeri Melaka. Kesemua 28 DUN di bawah 5 Parlimen, beliau perlu membuat lawatan dan meninjau masalah mereka.

Oleh kerana kecekapan dan kewibawaan beliau menyelesaikan masalah penduduk Melaka, seorang yang lantang bersuara dan tegas dalam membuat keputusan, maka beliau telah diberi pelbagai gelaran seperti Raja Melaka, Harimau Melaka mahupun sebagai Hulubalang Melaka.



Kesemua gelaran tersebut samada berniat baik atau untuk menyindir beliau, penduduk Tanjung Bidara lebih mengenalinya. Bagi mereke, Dato Rauf seorang yang ‘Walk the Talk’ dan bukan sebaliknya menjual ‘Lip Services’. Ketika Mas Ermi larikan diri dari perjuangan, siapakah yang telah mengambil peduli semua masalah rakyat Masjid Tanah jika bukan sosok yang bernama Rauf bin Md Yusoh.


Sebaran :

Leave a Reply