Tular Video Wanita Pecahkan Cermin Van Penghantar Disiasat Polis [VIDEO]
Tular Video Wanita Pecahkan Cermin Van Penghantar Disiasat Polis [VIDEO]
Polis menjalankan siasatan berhubung video tular membabitkan kejadian melibatkan sebuah van penghantar barangan yang telah dipecahkan cermin menggunakan ‘steering lock‘ oleh seorang wanita di hadapan bangunan Maxim di sini minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.
“Pada 5 Julai pada jam 10.02 malam, polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 26 tahun membuat laporan berkaitan keretanya dihimpit oleh sebuah van penghantaran semasa bergerak dari Sky Awani 1 ke One Maxim Sentul Kuala Lumpur.
Jelasnya, kedua kejadian itu adalah saling berkait.
“Menurut laporan daripada pemandu kereta jenis Perodua Axia, semasa dia sedang menghentikan kereta yang di lampu isyarat Kampung Batu Muda Kuala Lumpur, sebuah van berwarna jingga yang merupakan van penghantar barangan telah menghimpit kenderaannya.
“Pemandu wanita berkenaan turut mendakwa pemandu van tersebut telah bertindak mematahkan cermin sisi kereta pemandu Axia tersebut.
“Oleh kerana tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia telah mengekori van tersebut dan bertindak membunyikan hon untuk berhenti dan berbincang namun tidak diendahkan,” katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia tersebut telah bertindak menghalang laluan van tersebut dan bertindak memecahkan cermin van menggunakan ‘steering lock‘.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress L7JyEJ9X]
“Bagaimanapun laporan polis yang dibuat oleh pemandu van telah menafikan kejadian tersebut dan menyatakan kejadian perselisihan ini adalah berpunca daripada tindakan pemandu kereta Axia yang telah membuat pusingan U secara tiba-tiba.
“Pemandu van telah bertindak membunyikan hon untuk menegur perlakuan pemandu kereta Axia tersebut, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu van itu, pemandu kereta Axia telah bertindak mengejar van tersebut dan secara tidak sengaja telah bergesel sesama sendiri,” katanya.
Jelasnya, akibat daripada itu berlaku perselisihan faham antara kedua mereka.
“Pemandu kereta Axia bertindak mengetuk cermin van tersebut menggunakan ‘steering lock‘ hingga menyebabkan cermin van itu retak.
“Polis telah mengesahkan kedua-dua kejadian ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan akibat khianat,” katanya.
Tambahnya, kedua individu sudah dirakam keterangan percakapan.
“Kedua-dua kes tersebut masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur,” katanya.
Tular Video Wanita Pecahkan Cermin Van Penghantar Disiasat Polis [VIDEO]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Baca Artikel Menarik :
- Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor
- Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
- Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah
- Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus
- Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan
- Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat
Layari Laman Facebook MYKMU
“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain