MAWAR RASHID: TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH

MAWAR RASHID:  TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH

MAWAR RASHID: TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid telah meluahkan isi hatinya yang mengimpikan kasih seorang bapa. Mawar mendedahkan dia kehilangan bapa sejak kecil dan dibesarkan oleh ibu kesayangannya.

“Dari dulu selalu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mertua.. Tapi Allah S.W.T tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah takde..

“Mawar dari kecik dah takde ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu.. Sbb tu mummy Mawar garang naw2. Teringin jugak nk rasa mcm mana dapat kasih syg dari seorang ayah.. tapi skrg Mawar doa & usaha agar Mawar dapat masuk Syurga.. sebab Mawar nak jumpa arwah papa Mawar, and arwah ayah mertua Mawar, bapak,” coretnya.

Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu turut mengucapkan selamat hari jadi buat arwah bapa mentua dan mengirim doa sebagai tanda rindu.

“Today hari jadi bapak.. happy birthday bapak.. bapak tak sempat tgk Rafael & Cinta.. kalau bapak ade, mesti bapak manjekan dua si radens ni.. I don’t why I feel like I miss you so much. Al-Fatihah.

“Btw, baby tu muka sbijik Cinta version boboy kan baby tu @rafyaakob masa kecik,” tulisnya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf pada November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Raf yang merupakan adik kepada peenyanyi, pelakon dan cef selebriti Fazley Yaakob itu sebelum ini telah dikurniakan dua zuriat hasil perkahwinan yang terdahulu iaitu Rayyan dan Raysaa.

MAWAR RASHID: TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Diraba Pekerja Seks Punya Pasal Terus Hilang Hampir RM2,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker