Nadia Brian dikecam tunjuk ‘aset’ di media

Nadia Brian dikecam tunjuk ‘aset’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian menerima kecaman netizen selepas beberapa keping gambarnya memakai pakaian yang terlalu ‘menonjol’ tular di media sosial.

Nadia, 31, bertindak memuat naik gambar-gambar itu di Instagram (IG) menunjukkan dirinya berpakaian ketat yang menonjolkan bentuk tubuhnya.



Posting yang agak ‘mendedahkan’ itu mengundang rasa kurang senang segelintir pengikutnya di IG sehingga mencetuskan maklum balas ‘kasar’ di ruangan komen.

“Tunjuk bontot buat apa, telanjang terus. Yang ikut artis ini semua gila seks. Kesiannya,” tulis cybermlysia.

Selain kecaman, Nadia turut menerima komen yang agak keterlaluan dan tidak menyenangkan daripada seorang pengikut lelaki di Instagramnya. Utusan



Sebelum ini dia ditanya netizen tentang statusnya ketika ini, Nadia menjawab dia masih solo, namun mempunyai masalah tentang kepercayaan dalam hubungan.

“Maaf hendak tanya soalan tetapi sensitif sedikit. Nak tanya status Nadia sekarang apa ya,” soal seorang netizen dalam InstaStory pelakon Titian Takdir itu.

Balas Nadia: “Status saya masih solo tetapi sekarang ada masalah kepercayaan. Risau ditambah trauma kesan daripada kejadian lalu.”

Jika sudah mengalami pengalaman pahit seperti Nadia memang sukarlah hendak meletakkan kepercayaan terhadap mana-mana individu terutama lelaki yang ingin mendekatinya.



Mungkin juga perceraian telah mengajar Nadia untuk lebih berhati-hati memilih lelaki yang hendak dijadikan pasangan hidup selepas ini.

Nadia Brian dikecam tunjuk ‘aset’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker