Kem BAM kembali panas, jurulatih dedahkan dibuli pihak atasan

KUALA LUMPUR: Jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng mendakwa seperti dibuli ‘orang besar’ selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

Katanya, dia sangat terkejut dengan peraturan berkenaan apatah lagi ia dikuatkuasakan ketika mereka dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung dari 21 hingga 27 Ogos ini.

“Sebelum Kejohanan Dunia, BAM memaklumkan pada kami bahawa mereka mewajibkan pemain profesional tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja BAM jika mereka ingin menjalankan latihan bersama pada hari Rabu.



“Saya benar-benar terkejut dengan peraturan ini memandangkan ianya dikuatkuasa ketika persiapan menjelang Kejohanan Dunia.

“Sejak Disember tahun lalu, BAM telah menjemput Lee Zii Jia untuk berlatih bersama pemain naungan BAM setiap hari Rabu dan kami berbesar hati kerana dapat mencapai situasi menang-menang termasuk membantu pemain BAM meningkatkan tahap mereka.

“Konflik penajaan bukan sahaja pertimbangan BAM, begitu juga untuk pasukan kami yang bukan sahaja membabitkan Zii Jia, tetapi barisan jurulatih serta pakar kecergasan dan fisio kami, oleh kerana itu kami tidak dapat memenuhi jemputan latihan ke ABM sebelum terbang ke Denmark.

“Apabila BAM menegaskan perkara ini ketika membuat persiapan untuk pertandingan besar saya secara peribadi berasa seperti dibuli oleh orang besar.



“BAM sering berkata tidak kira pemain kebangsaan mahupun pemain profesional, mereka semua adalah pemain Malaysia, dan kegemilangan dikongsi bersama. Tetapi peraturan ini tidak melambangkan rasa bersama itu,” kata Tat Meng menerusi hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

BAM ketika ini ditaja oleh syarikat peralatan sukan terkemuka, Yonex manakala Zii Jia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor selepas dia meninggalkan badan induk itu untuk bergerak secara profesional pada awal tahun lalu.

Mengulas lanjut, Tat Meng yang memulakan tugasnya selaku jurulatih Zii Jia pada bulan lalu, menjelaskan kenyataan yang dibuat itu adalah bagi mengelakkan sebarang pandangan daripada pelbagai pihak bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan BAM.

“Harap perkara ini dapat dibincangkan pada masa akan datang memandangkan ia adalah merugikan jika kerjasama antara BAM dan pemain profesional tidak dapat diteruskan.



“Pada penghujung harinya sebarang kebaikan dan kejayaan adalah demi Malaysia,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker