Bekas ratu cantik mabuk, rempuh tumbuk polis

Bekas ratu cantik mabuk, rempuh tumbuk polis

PETALING JAYA : Seorang bekas ratu cantik berusia 28 tahun dilaporkan telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 3 pagi.

Tidak hanya merempuh, wanita tersebut bersama rakannya yang melalui SJR tersebut dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya, didakwa telah menumbuk anggota polis semasa kejadian tersebut berlaku dan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita terbabit tidak memberhentikan kenderaan, apabila tiba di SJR berkenaan, sebaliknya terus merempuh sekatan.

Menurut Fakhruddin lagi, anggota kereta peronda polis segera mengejar dan menahan kenderaan suspek, tetapi wanita itu menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.

Bekas ratu cantik bersama rakannya berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berikutan itu beberapa nama bekas ratu cantik dipetik dan dikaitkan oleh netizen.

Meninjau ke ruangan komen di beberapa platform media sosial, hanya dua nama bekas ratu cantik yang berusia antara 27-28 tahun pada waktu ini.

Namun tinjauan ke Instagram individu yang didakwa itu tidak kelihatan sebarang hantaran berkaitan malah masih aktif dengan perkongsian dan hantaran baru sehingga kini yang menurut laporan wanita itu masih dalam tahanan pihak polis. Wc

Bekas ratu cantik mabuk, rempuh tumbuk polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker